Gambar Penyelaras PPG IPGKI
Kebenaran menumpang IPGK lain untuk peperiksaan EDU 3093
by Penyelaras PPG IPGKI - Rabu, 3 Jun 2015, 10:06
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pelajar PPG Kohort 1 Peperiksaan ulangan EDU 3093 yang dijadualkan pada 20 Jun untuk pelajar PPG Semester 8, boleh mengambil peperiksaan tersebut di IPGK lain yang berhampiran. Dengan syarat menulis surat permohonan kebenaran menumpang kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPGK Ipoh. (U:P Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian iaitu En.Ahmad Husairi bin Khairuddin). Satu salinan surat kepada Penyelaras PPG IPGK Ipoh. Surat permohonan tersebut mestilah sampai pada tarikh akhir 7 Jun 2015 kerana maklumat itu akan di bawa mesyuarat peperiksaaan dan penilaian. Kelewatan surat permohonan akan menjejaskan kebenaran tersebut. Sebarang masalah hubungi En.Ahmad Husairi atau En.Harun di Unit peperiksaan dan Penilaian di IPGK Ipoh. Harap Maklum.