Kursus ini meliputi konsep asas kecederaan dalam sukan; prinsip asas pertolongan cemas; sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan; pencegahan  kecederaan  dalam sukan;  pendekatan  rawatan kecederaan; saluran pernafasan dan resusitasi kardiopulmonari; asma dan serangan jantung; kecederaan kulit; pendarahan terbuka; terdedah kepada haba yang melampau; pengsan; mengangkat dan membawa pesakit;  prinsip  menguruskan  kecederaan  patah;  kecederaan  tisu lembut; kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata; kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan bilik rawatan kecederaan.