Kursus ini meliputi pengetahuan asas kepada kesusasteraan kanak-kanak: konsep, ciri-ciri, dan bentuk genre sastera serta sejarah perkembangannya. Karya-karya sastera kanak-kanak dari pelbagai genre dipilih sebagai teks bacaan asas untuk penghayatan dan penganalisisan. Penulisan karya sastera kanak-kanak dan pengajaran dan pembelajaran juga diperkenalkan.