Kursus ini memberikan pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam Matematik Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, prosedur penyelidikan pendidikan, konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan data, pertimbangan dalam pengumpulan data, analisis data, interprestasi data penyelidikan tindakan, penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan.