Kursus ini berfokus kepada aplikasi Matematik dalam pelbagai bidang. Isi kandungannya meliputi Matematik dalam kehidupan harian, kod klasik dan cipher, kod dan kriptografi, penggunaan model Matematik dalam biologi dan ekologi, serta sebahagian idea utama Matematik berkaitan dengan kalkulus. Pengalaman melibatkan aplikasi Matematik dibekalkan melalui aktiviti-aktiviti  praktikal.