Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan pendidikan. Ia juga meneroka cara-cara merancang dan melaksanakan satu kajian tindakan dalam bidang Pendidikan Jasmani, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian.