Kursus ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran menjalankan pengujian dan penilaian dalam matematik. Kursus ini membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak-kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on’.